nuffnang

Masalah pada vagina

Ramai wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.

“Apa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.


#infokesihatan
#dyaammara
#agendiamond
#legasimamadee
#ammaranherbs
#naturalmedicines

Tiada ulasan: