nuffnang

Tips Cara Mengatasi Keputihan secara MANUAL



Wanita2 wajib baca

Jus lemon

Jus lemon ini biasa di gunakan untuk mengatasi kulit berminyak dan sebagai ubat jerawat.

Tips Cara Mengatasi Keputihan juga adalah dengan jus lemon.

Cara2 nya ialah dengan memerah lemon tersebut dan di tambah bawang putih yang telah di kisar. Minumlah ramuan ini dengan rutin dan teratur, dengan tujuan keputihan cepat hilang. penyembuhan seperti ini tidak menimbulkan efek di samping sama sekali. vitamin C termasuk salah satu kandungan yang terdapat pada lemon ini.

Bawang putih
Bawang putih memiliki aroma yang khas.

Tips Cara Mengatasi Keputihan dengan menggunakan bawang putih.meletakkan bawang putih di atas vagina. Cara ini cukup mudah di gunakan dan tidak menimbulkan efek yang berbahaya. Bawang putih dengan manfaat lain seperti mencegah terjadinya penyakit jantung dan sebagai ubat sakit gigi.

Air masakan beras putih

Beras yang yg di cuci,air nye jgn di buang,airnya boleh di simpan terlebih dahulu. dan kemudian rebus sampai matang. Minum lah rebusan beras putih yang rajin dan teratur, agar Tips Cara Mengatasi Keputihan cepat hilang .memang masih banyak orang yang jarang mempergunakan cara seperti ini, tapi bila sudah mencuba pasti anda suka.

Tips cara mengatasi secara AUTO

Menggunakan produk #AmmaraNherbs

Menggunakan pencuci miss v ROYAL VIRGIN FORMULA
Mampu merawat masalah keputihan,menghilangkan bau dan kegatalan di miss v

Cara nye mudah
Goncang pencuci miss v,buka penutup,letak sedikit di tapak tangan,gosokkan di kawasan LABIA,utk MERUANG boleh oleskan di dlm lubang miss v..kemudian bilas.

Tips kedua menggunakan SERBUK CINTA CIK V

Cara nye mudah
Selepas mandi,lap miss v kering2..ambil atau celupkan sedikit serbuk cinta cik v,kemudian tepek atau bedakkan di permukaan miss v.tak perlu di cuci..biarkan...

JANGAN LUPA KEPUTIHAN HARUS DI CEGAH SEBELUM MERAWAT

SAYANGI MISS V ANDA

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK


1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

10. Dah buat semua yg diatas, tp masih kelihatan lesu, pucat, berseri tp tidak bermaya. Bermakna tahap kesihatan tidak begitu memberansangkan, bantuan supplement masih diperlukan.... suggestion mama produk ammara n herbs. Natural, selamat, berkesan dan mampu milik...

Usaha dan doa yg diiringi dgn tawakkal adalh sebaik2 tindakan...

Amalkan hari-hari....in shaa Allah kelihatan 'cantik'

Cantik bagaimana?
Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.

Sihat bagaimana?
Sihat organ dalaman, cantik luaran bonus.

Masalah pada vagina

Ramai wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.

“Apa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.


#infokesihatan
#dyaammara
#agendiamond
#legasimamadee
#ammaranherbs
#naturalmedicines

Kenali Chia Seed


Sebab benih Chia seed begitu bermanfaat kerana kaya dengan serat, omega-3 lemak, protein, vitamin dan mineral seperti (1):

Serat (11g - 42% nilai harian disyorkan)
Protein (4.4g - 9% RDV)
asid lemak Omega-3 (4915 mg)
asid lemak omega-6 (1620 mg)
Kalsium (77 mg - 18% RDV)
Copper (0.1 mg - 3% RDV)
Fosforus (265 mg - 27% RDV)
Kalium (44.8 mg - 1% RDV)
Zink (1.0 mg - 7% RDV)

Chia seed juga mengandungi asid lemak perlu alpha-linolenik dan asid linoleik, mucin, strontium, Vitamin A, B, E, dan D, dan mineral termasuk sulfur, besi, iodin, magnesium, mangan, niasin, tiamin, dan mereka adalah sumber yang kaya anti-oksida.

Antara manfaat Chia Seed
Mencantikkan kulit
Untuk kesihatan jantung
Menguatkan tulang dan otot
Mengandungi serat untuk menurunkan kadar kolestrol, keradangan, dan memulihkan sistem pencernaan serta mencegah sembelit
Mampu melawan radikal bebas untuk mengurangi kolestrol dan keradangan
Bersifat antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari pigmentasi, sel karsinogenik dan melambatkan proses penuaan
Membantu mengurangi resistensi insulin dalam tubuh. Sangat sesuai untuk pesakit diabetis
•: Bebas gluten
Meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangi kolesterol buruk (LDL) dalam tubuh

#info
#dyaammara
#agendiamond
#legasimamadee
#ammaranherbs
#naturalmedicines

Kenali Senggugut

Anda mungkin pernah mengalami senggugut semasa haid. Dan ia membuatkan anda betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku anda mungkin hanya ingin berehat di rumah dan tidak mahu pergi ke sekolah atau ke tempat kerja.

Apa Itu Senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


Apa Yang Menyebabkan Senggugut?

Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya :

Dismenorea Primer

Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat haid pada umur 12 tahun atau lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.

Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca dismenorea primer termasuklah :


* Ketidakseimbangan bahan kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.

Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh.

Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

* Genetik - Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder

Dismenorea sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.


Dismenorea sekunder disebabkan oleh :

# Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
# Jangkitan
# Radang rongga pelvis
# Endometriosis
# Penyakit usus seperti apendisitis
# Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami senggugut yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka haid. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa Ada Yang Mengalami Senggugut dan Ada Yang Tidak?

Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada senggugut. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berlainan.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk mengalami senggugut.
Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan seterusnya mengakibatkan senggugut.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan senggugut. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila anda semakin tua dan tubuh berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, anda tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya anda tidak akan menderita selama-lamanya!

Apabila dikesan yang senggugut anda disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.


# Kekal aktif.
Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga harus di lakukan

#infokesihatan
#dyaammara
#agendiamond
#legasimamadee
#ammaranherbs
 

Bila Waktu Subur Suami?


Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu. Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktu musim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.

Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya, di siang hari dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Kerana itu , lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.
Waktu subur suami di anggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau lebih mudah “senang lekat”. Pada waktu ini , jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri. Sebab itu, untuk pasangan yang “susah lekat” mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menaraik untuk ketenangan minda. Suhu sujuk bilik ‘honeymoon’ akan menambah lagi kelebihan pada kesuburan anda.

Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk kehamilan isteri. Nak tahu bagaimana sperma kita ada masalah ke tak?

5 ciri-ciri sperma yang bermasalah :
1. Sperma Terlampau Pekat
2. Sperma berwarna Coklat atau kemerahan (sperma yang sihat bewarna putih awan)
3. Sperma bewarna Kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk.

Sperma yang normal akan berbau seperti klorin, jika sperma anda berbau busuk, ini kemungkinan adanya infection.
Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.

Apa Yang Perlu Anda Elakkan & Amalkan Untuk Subur :
Gunakan seluar yang longgar, jangan terlampau ketat.
Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi.
Kurangkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
Elakkan minuman beralkohol dan daging merah.
Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan.
Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok.
Kurangkan stress yang terlampau, yang boleh jejaskan hormon anda.
Dapatkan berat badan yang ideal.
Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang.
Amalkan produk herba yang selamat untuk kesihatan batin & hormon testosteron.

#infokesihatan
#dyaammara
#agendiamond
#legasimamadee
#ammaranherbs 
#naturalmedicines
 

Cara Mengira Waktu Subur Wanita Dengan Tepat


Tubuh wanita sangat unik kerana setiap wanita ada kitaran waktu datang haidnya sendiri. Artikel ini bertujuan untuk membantu para pembaca untuk memahami dengan mudah tentang cara mengira waktu subur dengan tepat memandangkan kitaran haid wanita ini adalah topik yang ‘taboo’ dan memerlukan pemahaman yang jelas.

Secara normal, kaum hawa akan datang bulan secara purata lebih kurang dalam tempoh 28 sehingga 30 hari setiap bulan. Namun, ada yang kadang-kadang 25 hari. Ada yang lambat sehingga hari yang ke 35. Ianya adalah sesuatu yang kompleks tetapi tak perlu risau, anda boleh membuat anggaran sebenarnya jika faham kitaran sendiri.

Kenapa Kita Perlu Tahu Cara Mengira Waktu Subur?
Kebiasaannya, ada 2 sebab utama untuk kita tahu cara kira waktu subur:
√ Untuk mengira dengan tepat tempoh bagi mudah untuk hamil.
√ Untuk perancangan keluarga bagi mengelakkan daripada mengandung.
Sangat penting sebenarnya. Ramai yang mengambil remeh tips menghitung tempoh subur ini kerana menganggap ianya tak perlu. Jika anda yang sangat kepingin untuk mendapatkan zuriat atau jika anda sedang membuat perancangan keluarga, Nah! Anda perlu tahu cara pengiraannya supaya objektif utama tercapai.

Hanya Anda Yang Paling Pakar Tentang Kitaran Haid Sendiri
Tiada manusia yang lebih memahami tentang tubuh anda selain dari diri anda sendiri. Anda perlu menjadi pakar untuk memahami sepenuhnya kitaran haid sendiri.

Kebiasaannya, fasa kitaran haid ini terbahagi kepada beberapa fasa yang utama.
1- Fasa Pertama: Hari Pertama Hingga Ke 4
Fasa ini dikenali sebagai menstruation atau keluar haid. Ketika inilah haid mengalir keluar. Anda perlu mencatat tarikh hari pertama datang bulan di kalendar iaitu tarikh fasa ini bermula dan bila tarikh tamat haid kering. Sekiranya anda merancang untuk hamil, disarankan untuk membuat catatan pada setiap bulan. Ini penting untuk menganggar kitaran period anda berapa hari setiap bulan dan adakah haid anda teratur.
2- Fasa Kedua: Hari Ke 5 Hingga Ke 13
Fasa ini juga dikenali sebagai ‘follicular phase‘. Pada ketika ini, hormon estrogen seorang wanita akan meningkat dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding rahim. Manakala, telur yang berada di sekitar ovari pula akan mencapai tempoh matang. Ini adalah tempoh persediaan untuk kehamilan.
3- Fasa Ke Tiga: Hari Ke 14
Pada masa ini proses ovulasi akan terjadi. Peningkatan hormon ‘Luteinizing’ akan merangsang telur untuk keluar dari ovari dan menanti untuk disenyawakan dengan sperma. Sekiranya sperma yang dinanti tak kunjung tiba, bermakna proses persenyawaan tak berlaku maka ia akan terus melalui tiub fallopio ke rahim seorang wanita.
4- Fasa Ke Empat: Hari Ke 15 Hingga 28
Fasa luteal ini adalah satu fasa di mana sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon ‘progestrone’ akan dirembes keluar dari sarangnya iaitu corpus luteum. Rembesan hormon ini akan menyebabkan lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding rahim yang tebal ini akan runtuh dan proses kitaran akan berulang kembali seperti di Fasa 1.

Bilakah Waktu Subur Wanita Itu?
Setelah kita benar-benar mengerti tentang kitaran haid seorang wanita, maka sebenarnya waktu subur wanita itu adalah pada hari ovulasi itu terjadi atau semasa fasa ke3 bermula kerana telur telah dirangsang keluar dari sarangnya. Jika mahu dihitung dengan tepat, tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya.
Misalnya, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:
28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita.
Biasanya, fasa ke 3 atau fasa luteal ini adalah tepat 14 hari selepas proses ovulasi berlaku. Justeru, hari subur ialah 14 hari sebelum hari pertama datang bulan pada kitaran seterusnya. Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, sangat mudah untuk membuat kiraan. Biasanya, individu yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ini yang sukar untuk membuat anggaran.
Kesimpulannya, jika anda ingin hamil. Pastikan anda ‘bersama’ dengan suami setiap malam atau siang pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 atau 16. Ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Manakala sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga dan tak mahu hamil dalam waktu terdekat dengan cara semulajadi, anda boleh elakkan untuk bersama suami pada hari-hari yang disebutkan tadi.

#infokesihatan
#dyaammara
#agendiamond
#legasimamadee
#ammaranherbs
#naturalmedicines