nuffnang

Buasir

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi dan menyebabkan dinding vena darah teregang atau dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dalam dubur.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya kena tolak pakai tangan.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Penyebab utama
→Sentiasa duduk
→Sembelit
→Cirit-birit
→Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
→Batuk yang teruk
→Bersalin
→Mengangkat berat
→Pengamalan seks melalui dubur →Homoseksual
 
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
→Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
→Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
→Bengkak pada sekeliling anus
→Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
Buasir dalaman (internal hemorrhoid):
→Di dalam kawasan rektum
→Tidak dapat dilihat dan dirasa
→Tidak menyebabkan rasa tidak selesa
→Jika meneran akan menyebabkan ia berdarah, rasa sakit, dan keradangan
Buasir luaran (external hemorrhoid) :
→Bawah lapisan kulit di sekitar anus
→Berdarah atau gatal jika dirangsang
→Kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus
→Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan keradangan

Amalkan petua-petua berikut:
↭Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.
↭Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
↭Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu.
↭Jangan menahan nafas anda.
↭Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

Pengurusan sendiri
→Banyak meminum air 2 - 3 liter sehari
→Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
→Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
→Elakkan dari makan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
→Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Cadangan Ammara N Herbs
Cuci dengan #rvf, lap kering, dan sapu #sccv tiap kali ke tandas
 
#infokesihatan
#buasir

Manja Grip Formula


Terdiri drpd 4 rempah utama yg menjadi sumber asas keperluan kaum hawa yg mementingkan kesihatan dalaman dan kemantapan aset mereka, disamping bhn rempah terpilih yg lain....

Sebab itu, #ammaralovers yg konsisten mengambil #mgf nie akan mengalami byk perubahan positif termasuk yg bukan menjadi tujuan utama mereka...

  • Yg dingin menjadi hangat...
  • Yg longgar menjadi ketat...
  • Yg lemah menjadi kuat...
  • Yg geleber menjadi anjal...
  • Yg luka segera sembuh....
  • Yg berat menjadi ringan....
  • Yg gemuk menjadi slim...
  • Yg hilang nafsu kembali berselera...
Dan byk lg.....

Ramai telah memperakui keberkesanan mgf dlm menangani masalah mereka... malah rmi jgk terkejut perubahan2 lain yg mereka alami...

Mgf jamu berformulasi terkini yg terhebat di pasaran...
Harga mampu milik dan pengamalnya mampu konsisten mengamalkannya...

Hanya dua biji sehari, tiada yg lbh mudah utk mendapatkan hasil yg hebat.... anda cuba dulu... kemudian, rasai kesannya...










Apa itu Ammara n Herbs

Ammaranherbs_official adalah company yg mngeluarkan bbrp produk kecantikkan dan kesihatan khusus utk wanita...
  • Fokus utamanya adalah penggunaan bahan2 alami dan menidakkan bahan kimia dlm menghasilkan produk keluarannya...
  • Tetapi, masih menitik beratkan keberkesanannya kepada pengguna...

  1.  Natural Remedies
  2.  Natural Homemade
  3.  Natural Relief

♡ at 1st sight... ...
♥♥ we believe beauty can be achieves without exposing our skin to harmfull chemicals♥♥




Punca Sebenar Senggugut Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

Punca Senggugut. Bukan sedikit wanita yang mengalami rasa sakit yang luar biasa atau senggugut ketika ‘datang bulan’. Tentu anda ingin tahu punca senggugut dan baca artikel ini sampai habis.
Ada di antara anda yang mungkin juga mengalami rasa mual, sakit kepala, kembung perut dan sebagainya sepanjang tempoh ‘datang bulan’ atau haid.Pengaliran haid bagi setiap wanita adalah berlainan dari segi jumlah hari aliran dan juga kitarannya. Sesetengah wanita mengalami senggugut dan ada yang tidak mengalaminya.

Bagi yang mengalami senggugut pasti anda tertanya-tanya apakah punca senggugut dan mengapa ia menyerang anda? Memanglah gejala-gejala tersebut termasuk senggugut merupakan proses semulajadi dan wajar dialami oleh setiap wanita

punca senggugut dan tips untuk menghilangkannya secara sihat?
“Dysmenorrhoea” atau senggugut adalah satu simptom yang lazim ketika kedatangan haid. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis.
1. Senggugut primer (primary dysmenorrhoea)
Kesakitan senggugut biasa dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur.
2. Senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea)
Ia berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.

Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal.Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelviks.


Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat? Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.
Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta member banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. Namun begitu, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca senggugut.

Sebelum kedatangan haid anda mungkin mengalami Simtom Pramensus (PMS), seperti :
Tegang pada payudara.
Pening kepala .
Rasa seperti hendak pitam.
Perut kembung.
Mual (50%) dan muntah (25%).
Sembelit atau cirit-birit (35%)
Tekanan emosi, letih, muram dan cepat marah.
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar sakit pun akan hilang.

Tips Mengurangkan Sakit Senggugut


Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

Awasi Garam Dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan contoh antara makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makanan seperti ini  beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Gunakan Pad Pemanas
Pad pemanas ada dijual di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau suam untuk mengurangkan kesakitan.

Minum Air Suam
Elakkan ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam.

Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

 Petua Orang Tua
-Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus.
- Campurkan secawan air suam dan minum untuk  sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
-Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
-Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam
-Kuantitinya sama banyak antara kedua-dua bahan .
-Makan dalam seminggu atau dua minggu sebelum haid.
-Semasa sakit akibat senggugut, anda dinasihatkan untuk meminum air teh pahit tanpa gula.
-Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
-Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu jari dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus.
-Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan campurkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari pada waktu malam.
-Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda boleh memakan sebarang masakan daripada sayur petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
-Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Selamat mencuba!

ROTI CANAI BLACK PAPER

Alkisah keluar makan bersama suami,anak2 dan mil...makan apa???haa...korunk pernah makan tak roti canai black paper?he he...sedap weh...kenyang pun kenyang!!!takkan tak kenyang roti canai buh telur di sirami kuah black paper + mayonis,anak2 cakap nak gi makan lagi...but but...takkan tiap hari nak gi makan RM4 sepinggang,bagi akak yang tak seberapa berduit nih,mana boleh...nak jugak biar akak sendiri yang canai roti tu lah he he he.Akak belanjer 1@2 pic supaya korang terliur nak makan jugak.Nanti jangan kata akak tak payung okeh.





Eh lupa pulak nak cakap akak tetap dengan pilihan akak...kue tia goreng basah,tapiiii tak sempat nak snap pic,dah habis.Mana gambar akak???haaa...tak yah cari2 lah,akak tak upload pun muka akak yang manis tu .Sekian...

Tinea cruris

Tinea cruris adalah infleksi fungi atau kulat yang menjangkiti kulit di bahagian peha dalam sekitar kelamin. Berbentuk lingkaran ruam merah dan terasa gatal.

Tanda dan Gejala
>Pada mulanya kulit akan berwarna merah di sekitar peha dalam.
>Pangkal peha akan berasa sedikit gatal pada awal infleksi. Namun jika ditangani cepat, akan menjadi lebih teruk sehingga rasa gatal yang tidak tertahan.
>Ruam tersebut akan melingkari kedua-dua belah peha dan memiliki garis yang kecil, rasa gatal atau terbakar serta akan membuat kulit bersisik dan menggelupas.

Faktor resiko
*Banyak berpeluh
*Berat badan berlebihan
*Memiliki sistem kekebalan tubuh yang lemah
*Memakai seluar dalam yang ketat
*Berkongsi loker atau tempat mandi awam
*Berkongsi seluar dalam
*Tidak menukarkan seluar dalam secara kerap

Tindakan
Jaga pemakanan, tidak memakan makanan yang boleh sebabkan gatal.
Selalu menukar seluar dalam.
Kerap bersihkan bahagian tersebut dengan Royal Virgin Formula feminine wash.
Sapukan Serbuk Cinta Cik V setiap kali keluar tandas.
Lakukan rawatan meruang.









SELAMAT TAHUN BARU 2017

Pembuka tirai 2017 dengan cuaca hujan yang lebat dan angin yang sejuk...sesejuk seperti berada kat kawasan bersalji...eh...akak tak pernah jejak kaki lagi pun kat kawasan salji,melainkan dah masuk main salji kat Genting Highland zaman2 muda dulu he he...lupa dah tahun bila...nanti jumpa pic tu akak update lain yer.Alhamdulillah jugak tahun baru ni Along dan Angah pun dah selamat melalui hari pertama persekolahan mereka dengan jayanya....wah semangat berkobar2 maklumlah dari atas sampai bawah semua baru,tapi ada jugak yang lama....ok biar akak je yang tahu ha ha.
Sebelum tu nak tanya apa azam korang semua untuk tahun 2017 nih?azam2 yang tahun2 lepas tu dah tertunai ke belum?akak ada banyak impian untuk tahun 2017 ni,In Shaa ALLAH kita fight sampai dapat!!!Korang tahu kan akak takpandai berceloteh panjang2,tapi akak pandaikan diri ni jugak,kalau korang rasa nak termuntah baca karangan akak ni...sila tadah plastik siap2 okeyyy..

Akak punya impian nnt akak buat coretan lain ye...sila tunggu dengan sabar.

Eh korang tahu tak...akak mula ada blog tahun 2014 lagi...tapi akak acah2 sibuk sampai tak terbuka blog akak nih,maklumlah hero3 kesayangan akak semua celik IT,pantang tengok umi dia pegang PC ada je yang merekanakmain games,geram akak tahap 200% plus plus lagi dengan mereka nih.

Akak stop dulu dengan belanja korang semua pic hero kesayangan akak yang bersemangat di pagi hari persekolahan mereka.

Love you my hero muahhh.