nuffnang

Petua Untuk Suami Isteri Mendapatkan Zuriat

1. Selama 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi (Untuk suami).

2. Buat senaman batin tiap-tiap kali bangun tidur waktu pagi (Untuk suami sahaja).

3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.

4. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria.

5. Amalkan membaca Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan membaca Al-Mulk (kekuasaan Allah).

7. Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baharu lahir.

A. Diet Pemakanan

a. Badam (Almond) 5 biji setiap hari
b. Buah Delima
c. Buah Zaitun
d. Buah Kurma
e. Jauhkan/pantang makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas atau minuman yang berasid. Jangan makan makanan laut (seafood), boleh ambil spirulina setiap hari, makan sayur dan buah-buahan. Suami perlu banyak makan berasid seperti daging, ayam dan lain-lain.
f. Jangan minum air kelapa.

B. Senaman Batin

a. Duduk bersila badan tegak
b. Selepas itu, luruskan kaki kanan ke depan
c. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalam (secara perlahan-lahan)
d. Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
e. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula
f. Lakukan 3 kali selama seminggu, setiap kali lepas sembahyang subuh.Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baharu buat 3 kali.

Tiada ulasan: