nuffnang
NASI DAGING UTARA
Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam
CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar.
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan.
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging
Petua Untuk Suami Isteri Mendapatkan Zuriat
1. Selama 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi (Untuk suami).
2. Buat senaman batin tiap-tiap kali bangun tidur waktu pagi (Untuk suami sahaja).
3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.
4. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria.
5. Amalkan membaca Surah Al-Waqiah selepas subuh.
6. Lepas maghrib amalkan membaca Al-Mulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baharu lahir.
A. Diet Pemakanan
a. Badam (Almond) 5 biji setiap hari
b. Buah Delima
c. Buah Zaitun
d. Buah Kurma
e. Jauhkan/pantang makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas atau minuman yang berasid. Jangan makan makanan laut (seafood), boleh ambil spirulina setiap hari, makan sayur dan buah-buahan. Suami perlu banyak makan berasid seperti daging, ayam dan lain-lain.
f. Jangan minum air kelapa.
B. Senaman Batin
a. Duduk bersila badan tegak
b. Selepas itu, luruskan kaki kanan ke depan
c. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalam (secara perlahan-lahan)
d. Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
e. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula
f. Lakukan 3 kali selama seminggu, setiap kali lepas sembahyang subuh.Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baharu buat 3 kali.

Ketam masak lemak
Bahan-bahan:
4 ekor ketam - dibersihkan
3 sm kunyit hidup }
5 tangkai cili api } dikisar
Secawan santan
Sedikit daun kunyit
Sedikit asam keping
Sedikit garam
Cara Membuat:
4 ekor ketam - dibersihkan
3 sm kunyit hidup }
5 tangkai cili api } dikisar
Secawan santan
Sedikit daun kunyit
Sedikit asam keping
Sedikit garam
Cara Membuat:
- Ambil periuk dan masukkan bahan kisar bersama-sama dengan santan, ketam dan daun kunyit.
- Kacau perlahan-lahan dan jangan sampai santan pecah lemak. Kemudian masukan garam dan asam keping.
- Biarkan seketika dan boleh dihidangkan.
6 SEBAB KENAPA PERIOD ANDA LEWAT
Tiada yang lebih menakutkan bagi seorang wanita daripada kedatangan period yang lewat, kecualilah sekiranya dia berusaha untuk hamil. Adakah saya hamil? Kehamilan adalah perkara pertama yang kita fikirkan k
etika period kita tertunda. Tapi apakah kehamilan adalah satu-satunya alasan bagi orang untuk mempunyai period lewat? Ini adalah 6 alasan yang paling umum untuk menjawab mengapa period anda lewat:
1. STRESS
Stress dapat mempengaruhi banyak hal dalam hidup kita, termasuk period kita. Kadang-kadang kami begitu stres sehingga tubuh kita menurunkan jumlah hormon (GnRH), yang menyebabkan kita untuk tidak berovulasi atau menstruasi. Doktor atau bidan boleh membantu anda mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk rileks dan kembali mengikut jadual period.
2. PERUBAHAN JADUAL
Mengubah jadual benar-benar dapat memesongkan jam tubuh anda. Hal ini berlaku terutamanya jika terdapat pertukaran waktu kerja dari pagi ke malam atau sebaliknya.
3. PENGAMBILAN UBAT
Berkemungkinan cubaan anda mencuba rawatan baru menyebabkan tempoh period tertunda atau tiada. Pastikan anda bercakap dengan doktor atau bidan tentang kesan samping ini. Hal ini biasa terjadi bagi pengamal perubatan untuk mengawal kehamilan.
4. KEGEMUKAN
Keadaan berat badan yang terlalu banyak hormon boleh mengubah kitaran haid anda dan bahkan menghentikannya. Kebanyakan wanita akan kembali ke kitaran biasa dan mencapai kesuburan dengan kehilangan berat badan.
5. TERLALU KURUS
Jika anda tidak mempunyai cukup lemak pada badan, anda tidak akan mempunyai period yang teratur, kadang-kadang ini akan menyebabkan menstruasi anda untuk berhenti terus daripada terhasil. Ini disebut amenorrhea. Biasanya berat badan akan membantu anda memiliki kembali period anda. Ini adalah penyebab yang sering dialami oleh wanita yang bekerja dalam bidang ekstrim atau atlet profesional.
Punca Wanita Cepat Tua dan Gemuk!
Alasan ‘awak nampak tua!’ ‘awak dah gemuk ‘ dan ‘awak tak secantik dulu’ selalu diberi oleh segelintir suami kepada isteri sebagai tiket untuk cari perempuan lain atau berpoligami. Tapi si suami tak sedar , isteri mereka nampak tua dan gemuk disebabkan sikap ignorant mereka jugak…..
Tahukah anda;
1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar
hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan
kita gemuk.. Tapi kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan
terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si
suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya
menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam
makanan betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan
menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu
menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena
uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak
ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan
banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana
sayang.
Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh
itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri
korang takde, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia, nescaya
hidup korang akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah,
tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari
perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah
kedekut nak belikan produk2 kecantikan.
5 Tips Yang Mempengarusi Kecantikan Dan Kesihatan Wanita
Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan
mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat?
Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup
akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut
merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda.
1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.
2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.
3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.
4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.
5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.
credit:-
http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html

Apakah Kebaikan Vitamin C
Penjagaan
kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan vitamin C.
Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang
di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding
dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan
peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan
berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan
menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.
Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan VIRUS termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??
Fakta mengenai Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.

Pendarahan Hidung
Negara khatulistiwa seperti Malaysia terkenal dengan cuacanya yang
panas. Pelajar sekolah selalunya sering terdedah dengan cuaca yang panas
apabila melakukan aktiviti ko-kuriklum.
Mereka sering mendapat pendarahan hidung atau bahasa kampungnya darah
lindung (epitaxis). Ikuti langkah ini jika rakan kita atau pelajar
mengalami pendarahan hidung.
1. Rehat kan pesakit tersebut. Bawa ia ke kawasan teduh dan sedikit dingin. Pastikan aliran udaranya baik kerana apabila kejadian seperti ini berlaku, penonton lebih ramai dari penolong.
2. Jangan baringkan pesakit. Sebaliknya beri pesakit duduk dan tenangkan ia. Penyelamat jangan kalut dan panik kerana ia akan membuatkan pesakit lebih panik.
3. Tekankan hidung pesakit (lihat gambar rajah). Tidak perlu mendongak. Darah kemungkinan akan masuk ke paru-paru jika mendongak atau baring.
4. Letakkan kain basah atau bungkusan ais di atas dahi pesakit tersebut. Terdapat juga pakar-pakar di hospital menggunakan teknik dengan mengemam ais di dalam mulut. Teknik itu juga sangat membantu.
5. Lakukan ia selama 5 minit. Jika penderahan masih tidak berhenti.ulangi langkah 3. Jika hidung masih berdarah, berjumpalah doktor anda.
6. Jangan hembus hidung. Ia akan menyebabkan pendarahan lebih teruk.
7. Anda perlu tahu. Pendarahan hidung adalah kes yang tidak serius kerana ia mungkin berpunca dari salur darah yang kecil sahaja. Maka anda boleh membantu rakan anda sendiri. Jika darah sudah berhenti dan anda ingin mengetahui puncanya. Boleh kunjungi klinik satu Malaysia atau klinik kesihatan dan berjumpa dengan doktor atau ppp. Tidak perlu ke kecemasan.
Selamat mencuba!

Tip Rangsang Bayi Bercakap
Tip berikut boleh digunakan sebagai usaha merangsang bayi bertutur.
1. Interaksi sosial
Mendedahkan bayi kepada teman-teman sebayanya membantu usaha
bayi berinteraksi sosial. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan
kemahiran interaksi sosialnya.
2.Rajin berbual
Ibu bapa yang rajin bercakap dengan bayinya sejak lahir lagi akan mempunyai anak yang cepat bercakap. Percayalah biarpun ketika masih bayi, dia tidak faham apa yang anda cakapkan tetapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya.
3 Beritahu nama semua objek
Langkah memberitahu bayi apa nama objek di sekelilingnya membantu dia untuk belajar bercakap. Selain itu, ia juga boleh membantu mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut.
4 Bercerita sebelum tidur
Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi anda sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan.
5 Bentuk ritma yang sama
Tahukah anda dengan sering menyanyikan lagu atau menyebut perkataan dengan ritma yang sama membantu anak mudah mengingat serta mengembangkan kemahiran pertuturannya.
6 Mengulang
Meminta bayi mengulang kembali perkataan yang anda sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan mereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.

Penting tuam alat kelamin!
Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.
Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.
Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.
Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.
Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, pusat, ari-ari dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun-daun herba. Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan-bahan ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis. Manakala daun-daun herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun-daun ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.

Kenapa gigi anak ronggak?
Saya pasti anda semua pernah lihat
kanak-kanak yang giginya rongak. Gigi hadapannya kelihatan kehitaman,
malah mungkin sudah pecah-pecah hingga tiada rupa gigi normal lagi. Ada
ibu bapa yang memberi alasan bahawa gigi anak mereka memang “sudah reput
ketika mula-mula tumbuh lagi.” atau “Tak mengapalah doktor, cuma gigi susu.”
Sebenarnya, kecuali terjadi kekacauan dalam proses pertumbuhan gigi (contohnya amelogenesis atau dentinogenesis imperfecta),
semua gigi kita tumbuh dengan normal pada mulanya. Namun, setelah gigi
tumbuh di dalam mulut, ia mula terdedah dengan keadaan persekitaran
mulut pH yang rendah yang terdiri daripada komponen-komponen seperti air liur, kuman, sisa makanan dan sebagainya.
Di Malaysia, berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2007, sebanyak 74.5% kanak-kanak yang berusia 6 tahun mengalami masalah karies
gigi. Tambah menyedihkan, lebih satu perempat daripada kanak-kanak
berusia 5 tahun mempunyai lebih dari 10 gigi susu yang pernah mengalami
karies! Penemuan ini jelas mendorong kepada keperluan mencegah dan
mengurangkan karies gigi di kalangan kanak-kanak.
Mengapakah gigi susu penting untuk kesihatan kanak-kanak?
- Membolehkan kanak-kanak makan secara normal untuk pengambilan nutrisi yang penting bagi tumbesaran.
- Membantu kanak-kanak belajar bertutur. Ketiadaan gigi mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut pelat dan lambat belajar menyebut sesetengah huruf dengan betul.
- Membantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.
- Menyediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.
- Memberi penampilan yang lebih menarik. Oleh itu, gigi susu yang sihat membantu perkembangan psikologi kanak-kanak.
Proses karies.
Secara ringkasnya, karies terjadi akibat pancernaan gula dalam makanan oleh kuman dalam air liur. Ini
menyebabkan penghasilan asid yang boleh menghakis gigi. Oleh sebab
adanya penglibatan kuman dalam proses ini, karies gigi telah
dikenalpasti sebagai penyakit yang boleh berjangkit.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko karies gigi dikalangan kanak-kanak, antaranya :
- Diet yang kurang sihat terutamanya pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.
- Menyusu botol. Terutamanya jika kanak-kanak kecil diberi minuman bergula di dalam botol susu kemudian dibiarkan tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam.
- Status sosioekonomi dan pendidikan ibu bapa atau penjaga yang rendah dikaitkan dengan peningkatan karies gigi kanak-kanak kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut.
- Kuman Mutans Streptococci (MS). Kuman ini adalah di antara kuman yang bertanggungjawab dalam pembentukan karies gigi. Ketika lahir, kanak-kanak tiada kuman MS di dalam mulut. Namun, perkongsian air liur dengan ibu bapa (contohnya ketika perkongsian makanan, sudu, dsb) menyebabkan kanak-kanak dijangkiti MS.
- Plak mengandungi berjuta-juta kuman yang menyebabkan karies. Kanak-kanak yang tidak memberus gigi didapati mempunyai plak gigi yang banyak serta karies gigi yang teruk.
Apakah yang boleh berlaku sekiranya karies gigi kanak-kanak tidak dirawat?
Kesan yang paling jelas tentunya rasa
sakit. Kanak-kanak mungkin akan menangis dan mengadu kesakitan,
terutamanya pada waktu malam. Sekiranya rawatan segera tidak diberikan,
karies boleh melarat sehingga bernanah dan kebengkakan muka
(cellulitis). Pada tahap ini, ada kemungkinan kanak-kanak itu terpaksa
dimasukkan ke wad untuk diberikan intravenous antibiotic bagi mengelakkan kuman daripada merebak ke tempat lain di dalam badan.
Tanda-tanda awal karies gigi bagi kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa/penjaga, andalah orang
yang paling banyak meluangkan masa dengan kanak-kanak. Jadi, anda
sebenarnya memainkan peranan penting sebagai orang yang pertama mengesan
pembentukan karies gigi kanak-kanak diperingkat awal. Anda hanya perlu
mengangkat bibir anak anda seperti dalam gambar dan periksa bahagian atas dan hadapan gigi.
Pada peringkat awal, karies gigi
kanak-kanak muncul sebagai tompok-tompok putih di atas permukaan gigi,
yang kebiasannya bermula di gigi hadapan dan atas. Lama-kelamaan,
ia boleh bertukar menjadi tompok kuning, perang atau hitam. Pada
mulanya, gigi hadapan dan atas yang terlibat, diikuti gigi-gigi lain.
Jika dibiarkan berterusan , tompok-tompok tersebut boleh merebak ke
lapisan gigi yang paling dalam dan pecah-pecah, lalu kelihatan rongak.
Rawatan karies gigi kanak-kanak:
- Seperti kata slogan terkenal, “Anda mampu mengubahnya.” Kesihatan gigi bermula dari rumah. Kurangkan memberi kanak-kanak snek dan minuman bergula. Sebaliknya, tukarlah kepada menu yang lebih sihat seperti buah-buahan sebagai snek.
- Kawal pembentukan karies. Dalam proses ini, doktor gigi akan menasihatkan anda mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko karies gigi untuk anak-anak anda. Contohnya:
- Elakkan anak anda daripada tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam.
- Jangan beri minuman bergula kepada anak anda dalam botol susu.
- Berus gigi anak anda dengan ubat gigi berflorida.
- Menstabilkan karies gigi yang sedia ada. Gigi berlubang yang sudah ada karies akan dibersihkan dengan spoon excavator (alat tangan yang mempunyai bentuk seperti sudu kecil) dan akan ditampal dengan bahan tampalan yang sesuai, contohnya glass ionomer cement (GIC). Salah satu ciri istimewa GIC adalah keupayaannya untuk membebaskan florida. Setelah karies distabilkan, ia tidak akan merebak untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk.
- Cabutan. Gigi yang tidak dapat diselamatkan, contohnya yang bernanah, kadang-kadang terpaksa dicabut. Namun begitu, rawatan ini bergantung kepada keadaan. Kanak-kanak kecil selalunya sukar bekerjasama. Cabutan awal juga boleh menyebabkan sususan gigi dan rahang tumbuh dalam keadaan tidak seimbang pada masa hadapan.
MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.
NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak
FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti
twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit
buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti
canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Daun Parsley
Ginjal
merupakan salah satu organ terpenting yang memproses darah dalam tubuh
badan. Organ ini harus dijaga kerana ia selalu berdepan dengan masalah
pengumpulan garam, bahan toksik dan bahan buangan lain yang tidak
diperlukan oleh badan yang akhirnya akan bertukar menjadi penyakit.
Daun Parsley kaya dengan sumber vitamin A, B, C dan K serta mineral seperti zat besi, asid folik, kalsium, fosforus, manganese dan potassium yang mudah diserap oleh tubuh.
Air rebusan Daun Parsley mampu menyingkirkan semua bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh melalui pembuangan air kecil demi menjaga kesihatan ginjal seterusnya melancarkan proses pengaliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh termasuk otak.
Air rebusan ini boleh disediakan seperti berikut:
Ambil secekak daun parsley, basuh bersih dan kemudian dipotong kecil-kecil. Rebus sehingga mendidih selama 10 minit, kemudian sejukkan dan tapis. Simpan dalam peti sejuk. Minum segelas sehari, anda akan rasa perbezaannya. Selamat mencub

Khasiat Bayam
1. MEMBINA TULANG YANG KUAT
Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.
2. MEMBINA SALUR DARAH YG BAIK
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.
3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.
4. MENCEGAH KANSER
Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG
Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.
6. MATA YANG SIHAT
Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.
Langgan:
Catatan (Atom)