nuffnang

PUDING TRIFFLE

 PUDING TRIFFLE


BAHAN2-
2 gulung swissroll coklat @ perisa kesukaan
1 tin buah-buahan campuran
2 cwn susu cair
3 cwn air
1 cwn tpg kastard
1/2 cwn gula(boleh kurangkn@tambah)
1 kotak @ 1 peket jelly crystal nona (strawberry)

-Potong kek susun dlm bekas
-Tapis buah-buahan,air buah tuang ke atas kek.Ketepikan
-Campur tpg kastard,gula,susu cair & air.kacau ats api kecil hingga pekat
-Tuang kastard ke atas kek & tabur buah-buahan
-Masak jelly ikut arahan di kotak & tuangkn keats kastard perlahan2
-Tabur buah-buahan hiasan,sejukkan
SELAMAT MENCUBA

Petua Untuk Elak Pergaduhan Rumahtangga

1. Jangan Merajuk – sebaik baiknya apabila bergaduh , jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.
2. Jangan Menghukum – Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong prose berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi , kalau benar masih ada niat berdamai , jangan terlalu menghukum.
3. Jangan Mencari Salah – Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.
4. Mulakan Pendamaian – Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian , ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia mmg tidak mahu berdamai , itu tidak menjadi isu besar. Sekurang kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha ..
5. Kenalpasti Punca Masalah – Tujuannya bukanlah untuk mengungkit tetapi untuk mengelakkannya pada masa depan

Tips Hilangkan JERAWAT

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

9. Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.

10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

11. Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

12. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

13. Hilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi.
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

14. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

15. Hilangkan Jerawat Dengan Larutan Tepung Kanji.
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Selain dari petua-petua yang terdapat di sini, adalah amat penting bagi kita;

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap.

4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

Tip-tip penting untuk kurangkan loya dan muntah semasa hamil


“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.
Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.
Tip-tip untuk kurangkan simptom
Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini
- Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
- Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
- Hindarkan diri dari wangian
- Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
- Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
- Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
- Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui...

Cara menangani anak di bawah usia 3 tahun mengamuk.

Ketahuilah bila anak kecil di bawah usia 3 tahun mengamuk dan membaling dan memukul-mukul anda atau menghentak-hentakkan kepalanya...itu tandanya dia sendiri sedang tenggelam di dalam Monster yang terbit dari dirinya.

Jika anda marah, monster itu akan terus hidup dan menyemarakan amarahnya. Jika api merebak, anda tidak akan meniup angin ke arah api itu bukan?

Marah adalah ibarat api dan memang disuntik oleh Iblis yang berasal dari api. Itu sebabnya memarahi, memukul dan menyuruh diam dengan sangat kasar bukan jawapan yang tepat

Ada perlu fikirkan, apakah yang boleh memadamkan 'api'? Ya, air! Apakah air di dalam komunikasi? Bacaan DOA yang menghasilan sabar dan ketenangan. Maka bacalah dan ambil air dan perlahan-lahan sapukan pada muka anak yang sedang mengamuk sambil membacakan doa dan menyebut anda sayangkan dia. Urut badannya dengan kelembutan tangan mu. Ini akan mengurut emosinya dan menenangkan Monster itu untuk kecil menjadi anak kucing yang jinak.

NAMUN, ada satu syarat penting untuk ini berjaya. Dan inilah yang sering ibu bapa terlepas pandang. Di hati anda mesti bersangka baik dengan anak anda. Dia mengamuk begini bukan sebab dia sengaja hendak berperangai buruk dan mahu menyusahkan anda. Ada sesuatu yang tidak kena dan dia cuba memberitahu.

Jika ada orang menyuruh anda menengking atau memukul anak anda yang masih kecil itu dan mengatakan jangan dibiarkan nanti dia, nanti jadi lenja, ternyata orang itu belum faham psaikologi kanak-kanak dan belum mengkaji cara Rasulullah mendidik kanak-kanak.

Oleh itu, berpendirian tegaslah dalam membantu anak anda mengatasi monster itu dengan tenaga sabar, tenang dan penuh kasih-sayang.

Keistimewan Perempuan dalam Islam


1. Doa wanita itu lebih makbul dibanding lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat dibanding lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ”Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah .Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW di dalam syurga);
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
6. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka, dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa, serta sikap bertanggung-jawab, maka baginya adalah surga.
8. Apabila ayah dan ibumu memanggil secara bersamaan, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Ucapan Aisyah R.A.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu pada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga shalat dan puasanya
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. Subhanallah, betapa mulianya kedudukan seorang perempuan.

5 CARA MENGHUKUM ANAK YANG TIDAK DIBENARKAN DALAM ISLAM


1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.”

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.”

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Pantang Larang Semasa Seorang Ibu Itu Berada Dalam Pantang Selepas Bersalin:


* Dilarang Tidur Tidak Berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

* Memakai Sarung Kaki (stokin)

Cara ini untuk menjaga agar tapak kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

* Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu tergelungsur atau terturun (uterus prolapse). Antara punca terjadinya tombong dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu dlm pantang tumpah darah.

* Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga dan meneran otot rahim kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

* Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk memastikan tulang punggung merapat semula dan bahagian intim yang kena jahit tidak terkoyak semula.

* Jangan Terlalu Aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah tidak terlalu aktif melampau dan bertenang di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Ibu memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

* Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

* Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari pagi yg mengandungi vitamin D yg tinggi.

* Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

* Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

* Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya serta masih kotor dgn darah nifas.

* Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Jika terhantuk, kesakitan boleh merangsang saraf lalu menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

**Cara Mandi**

Daun jambu, daun pandan, daun serai wangi, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih bersifat antiseptik. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

**Cara Berbaring / Tidur**

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

**Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang**

- Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

- Berbedak/berparam juga dapat menjaga kesihatan ibu ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

- Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

- Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

- Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

- Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

- Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

- Buah anggur dan kurma berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

- Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit urat dan lemah badan.

- Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.