1. Jangan Merajuk – sebaik baiknya apabila bergaduh , jangan suka
merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan
masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila
si suami tidak peduli dengan rajukan anda.
2. Jangan Menghukum – Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan
tidak langsung menolong prose berdamai malah hanya akan mempercepatkan
proses kerosakan hubungan. Jadi , kalau benar masih ada niat berdamai ,
jangan terlalu menghukum.
3. Jangan Mencari Salah – Mencari salah tidak mungkin membawa
penyelesaian. Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka
bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.
Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan
diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.
4. Mulakan Pendamaian – Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian
, ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu
menolak usaha anda kerana dia
mmg tidak mahu berdamai , itu tidak menjadi isu besar. Sekurang
kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa
bersalah lagi atas alasan kurang usaha ..
5. Kenalpasti Punca Masalah – Tujuannya bukanlah untuk mengungkit tetapi untuk mengelakkannya pada masa depan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan