Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan
mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat?
Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup
akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut
merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda.
1) Senaman membina peribadi positif -
Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda
mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit
kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu
pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan
kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan
berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang
hayat.
2) Merokok menambah usia wajah anda
– Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk
kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur.
Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya
tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen
dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.
3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua –
Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati
makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda
meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah
akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah
membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda
mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.
4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun –
Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang
yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting
dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia
20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang
akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu
setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan
vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk
menguatkan tulang.
5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain –
Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan
suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi
keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan
peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam
dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan
mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk
menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk
katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai
anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan
masa berkualiti untuk diri sendiri.
credit:-
http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan