nuffnang

Pendarahan Hidung

Negara khatulistiwa seperti Malaysia terkenal dengan cuacanya yang panas. Pelajar sekolah selalunya sering terdedah dengan cuaca yang panas apabila melakukan aktiviti ko-kuriklum. Mereka sering mendapat pendarahan hidung atau bahasa kampungnya darah lindung (epitaxis). Ikuti langkah ini jika rakan kita atau pelajar mengalami pendarahan hidung.
1. Rehat kan pesakit tersebut. Bawa ia ke kawasan teduh dan sedikit dingin. Pastikan aliran udaranya baik kerana apabila kejadian seperti ini berlaku, penonton lebih ramai dari penolong.
2. Jangan baringkan pesakit. Sebaliknya beri pesakit duduk dan tenangkan ia. Penyelamat jangan kalut dan panik kerana ia akan membuatkan pesakit lebih panik.
3. Tekankan hidung pesakit (lihat gambar rajah). Tidak perlu mendongak. Darah kemungkinan akan masuk ke paru-paru jika mendongak atau baring.
4. Letakkan kain basah atau bungkusan ais di atas dahi pesakit tersebut. Terdapat juga pakar-pakar di hospital menggunakan teknik dengan mengemam ais di dalam mulut. Teknik itu juga sangat membantu.
5. Lakukan ia selama 5 minit. Jika penderahan masih tidak berhenti.ulangi langkah 3. Jika hidung masih berdarah, berjumpalah doktor anda.
6. Jangan hembus hidung. Ia akan menyebabkan pendarahan lebih teruk.
7. Anda perlu tahu. Pendarahan hidung adalah kes yang tidak serius kerana ia mungkin berpunca dari salur darah yang kecil sahaja. Maka anda boleh membantu rakan anda sendiri. Jika darah sudah berhenti dan anda ingin mengetahui puncanya. Boleh kunjungi klinik satu Malaysia atau klinik kesihatan dan berjumpa dengan doktor atau ppp. Tidak perlu ke kecemasan.
Selamat mencuba!

Tiada ulasan: