nuffnang

Daun Parsley

Ginjal merupakan salah satu organ terpenting yang memproses darah dalam tubuh badan. Organ ini harus dijaga kerana ia selalu berdepan dengan masalah pengumpulan garam, bahan toksik dan bahan buangan lain yang tidak diperlukan oleh badan yang akhirnya akan bertukar menjadi penyakit.

Daun Parsley kaya dengan sumber vitamin A, B, C dan K serta mineral seperti zat besi, asid folik, kalsium, fosforus, manganese dan potassium yang mudah diserap oleh tubuh.

Air rebusan Daun Parsley mampu menyingkirkan semua bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh melalui pembuangan air kecil demi menjaga kesihatan ginjal seterusnya melancarkan proses pengaliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh termasuk otak.

Air rebusan ini boleh disediakan seperti berikut:

Ambil secekak daun parsley, basuh bersih dan kemudian dipotong kecil-kecil. Rebus sehingga mendidih selama 10 minit, kemudian sejukkan dan tapis. Simpan dalam peti sejuk. Minum segelas sehari, anda akan rasa perbezaannya. Selamat mencub

Tiada ulasan: