Penjagaan
kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan vitamin C.
Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang
di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding
dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan
peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan
berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan
menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.
Faedah
Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit
berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga
mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah
jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah
juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah
dan menyembuhkan jangkitan VIRUS
termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan
system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada
tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian
tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan
kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah
mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang
kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??
Fakta mengenai Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan
terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia
amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan
yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen
menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan
yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang
ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes
seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan
jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan
pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin
C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi
tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada
apa yang pernah diperkatakan.
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air,
ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan ,
dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan
musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis
bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida
jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah
sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja.
Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan
Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum
daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering
menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan
meningkatkan pengambilan vitamin c.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan