nuffnang

Tips Mengurangkan Sakit Senggugut


Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

Awasi Garam Dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan contoh antara makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makanan seperti ini  beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Gunakan Pad Pemanas
Pad pemanas ada dijual di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau suam untuk mengurangkan kesakitan.

Minum Air Suam
Elakkan ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam.

Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

 Petua Orang Tua
-Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus.
- Campurkan secawan air suam dan minum untuk  sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
-Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
-Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam
-Kuantitinya sama banyak antara kedua-dua bahan .
-Makan dalam seminggu atau dua minggu sebelum haid.
-Semasa sakit akibat senggugut, anda dinasihatkan untuk meminum air teh pahit tanpa gula.
-Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
-Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu jari dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus.
-Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan campurkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari pada waktu malam.
-Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda boleh memakan sebarang masakan daripada sayur petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
-Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan: