Ketahuilah
bila anak kecil di bawah usia 3 tahun mengamuk dan membaling dan
memukul-mukul anda atau menghentak-hentakkan kepalanya...itu tandanya
dia sendiri sedang tenggelam di dalam Monster yang terbit dari dirinya.
Jika anda marah, monster itu akan terus hidup dan menyemarakan amarahnya. Jika api merebak, anda tidak akan meniup angin ke arah api itu bukan?
Marah adalah ibarat api dan memang disuntik oleh Iblis yang berasal
dari api. Itu sebabnya memarahi, memukul dan menyuruh diam dengan sangat
kasar bukan jawapan yang tepat
Ada perlu fikirkan, apakah yang
boleh memadamkan 'api'? Ya, air! Apakah air di dalam komunikasi? Bacaan
DOA yang menghasilan sabar dan ketenangan. Maka bacalah dan ambil air
dan perlahan-lahan sapukan pada muka anak yang sedang mengamuk sambil
membacakan doa dan menyebut anda sayangkan dia. Urut badannya dengan
kelembutan tangan mu. Ini akan mengurut emosinya dan menenangkan Monster
itu untuk kecil menjadi anak kucing yang jinak.
NAMUN, ada
satu syarat penting untuk ini berjaya. Dan inilah yang sering ibu bapa
terlepas pandang. Di hati anda mesti bersangka baik dengan anak anda.
Dia mengamuk begini bukan sebab dia sengaja hendak berperangai buruk dan
mahu menyusahkan anda. Ada sesuatu yang tidak kena dan dia cuba
memberitahu.
Jika ada orang menyuruh anda menengking atau
memukul anak anda yang masih kecil itu dan mengatakan jangan dibiarkan
nanti dia, nanti jadi lenja, ternyata orang itu belum faham psaikologi
kanak-kanak dan belum mengkaji cara Rasulullah mendidik kanak-kanak.
Oleh itu, berpendirian tegaslah dalam membantu anak anda mengatasi
monster itu dengan tenaga sabar, tenang dan penuh kasih-sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan